Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Monday, August 31, 2009

Merdeka!!!


salam n greetings 2 all readers.....
hari nih....
31 Ogos 2009...
maka genaplah 52 tahun negara tercinta kita, Malaysia telah Merdeka dari sebarang penjajah......
dan tahun ni Merdeka jatuh pada bulan Ramadhan tercinta...
maka sebarang sambutan yang gila babeng tidak dilakukan....
takde sebarang konsert malam merdeka....
takde sebarang countdown malam merdeka....
takde sebarang pesta2 sempena merdeka...
dan takde sebarang maksiat yang dilakukan sempena merdeka (harap2 mmg btol2 takde la semua nih)......

cita pasal merdeka...
adakah kita dah merdeka sepenuhnya???
kenapa kita perlu adakah sambutan sempena merdeka???
x leh ke kalau duk senyap je...
just menghayati ape yang tersirat dari peristiwa kemerdekaan dari sambut dengan ntah ape2 punya sambutan (malam merdeka).....
aku rasa dari bergelumang malam2 kat mana2 tmpt semata2 nak 'tgk bunga api' (alasan biasa org nak g sambutan malam merdeka) kat tmpt sambutan malam merdeka....
lebih baik duk kat umah....
lepak2....
baca buku tokoh2 kemerdekaan.....
amek ape yang tersirat dari perjuangan diorang....
lagi elok ak rasa...
lebih2 bulan puasa ni baik baca Al-Quran dari pergi sambutan malam merdeka yang ntah pape tuh (korang nak marah ak marah je, ni pendapat aku)......

akhir kata....
kat sini ak nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52 kepada semua rakyat malaysia keseluruhannya.....


Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali - Ustaz Asri (RABBANI)....

Sumber : Harakahdaily

"KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Harakah) - Vokalis utama kumpulan Rabbani,
Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh
ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani
mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi
tadi.
“Saya tidak tahu apa puncanya” katanya yang sedang dalam perjalanan ke
Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pahlawan Nasyid

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan Allahyarham
Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai
‘pahlawan nasyid’ yang sukar dicari ganti.

Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika
dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara emas itu
amat sukar dicari ganti.

“Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami,
sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu Allahyarham
Zairy yang pergi dengan cara mengejut” ujarnya dalam sebak menahan
kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun
namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian
lamanya khususnya sewaktu menganggotai Nadamurni.

“Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat
respond yang baik dari Allahyarham sendiri, bahkan Allahyarham turut
memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

“Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif
yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain
yang ada pada hari ini” ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan Allahyarham dua malam lalu untuk
berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas
ini.

Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam, 40, menyifatkan
Allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

“Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang
ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya
tentang Islam” ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz,
bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang
menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket
penerbangan telah habis.

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima
apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani, Azadan menghubunginya
memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

“Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan
nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke
jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah” ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman ‘zikir’ bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat
Islam mendoakan kesejahteraan Allahyarham agar mendapat limpahan rahmat
yang tidak pernah putus.

“Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar
menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini” ujarnya yang tidak
dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal
dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan
Raihan, Zairy meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan
selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau
menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi
pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan
arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan
kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai
Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama
lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @
Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad
Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul
Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang
tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah
menghasilkan 19 buah album seperti ARAH, Dari Mana Ke Mana (1997),
Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang
terbaru, Nostalgia Nada Murni. - mks."

Sumber : Berita Harian

"KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal
dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana
sakit jantung. Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan
program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke
hospital berkenaan. - Berita Harian"

Al-Fatihah la kepada Allahyarham Ustaz Asri kita.....
kita dah kehilangan 1 lagi ulama nasyid yang terkenal di Malaysia nih......
sama2 lah kita berdoa supaya roh ustaz berada di kalangan para solihin......
anyway ni ade aku selitkan gambar kenangan aku dengan Allahyarham Ustaz Asri masa aku matrik dulu.....



kenangan bersama Ustaz Asri dan kumpulan Rabbani pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Aspirasi Islam di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 2008......

***** updated *****



video kenangan bersama Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.......

Sunday, August 2, 2009

ISA.... Mansuh atau Dikaji Semula???

salam n greetings 2 all readers.....
sori sebab dah lama x update.....
xde idea nk tulis pe....
lgpun bz sket sejak akhir2 nih...

wokeh2.....
kita truskan dengan entry kali nih.....
kali ni nak sentuh sket pasal isu semasa...
ISA.....

ape sebenarnya ISA ni???
nama orang????
nama pertubuhan????
atau xde maksud????
ISA atau maksudnya Internal Security Acts.....
ialah 1 akta yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal keamanan dalam negara kita nih.....
biasanya akta ni akan digunakan kepada individu2 yang telah di'syaki' atau telah di'kenal pasti' mengugat keamanan negara Malaysia tercinta nih......
biasanya 'pengganas2' yang akan ditangkap bawah akta ini.....


so....
apekah masalah ISA sampai orang mintak nak mansuhkan akta yang begitu 'bagus' nih????
adakah Malaysia ni xde pengganas???
adekah Malaysia tak perlu akta sebegitu rupa???
adekah orang yang memimpin Malaysia telah menyalah gunakan akta nih?????
rasanya tak yah cite pun korang dah tau jawapan dia kan????

ok2....
enough mengarut2.....
skang ni nak cite pandangan aku lak.....
bagi aku....
samada nak mansuh or tidak aku x kisah....
2 2 ok....
tapi tuk jaga hati 2 2 pihak.....
lebih baik ISA ni dikaji semula dan kegunaannya haruslah dipantau.......
kenapa aku cakap camtuh????
sebab supaya ISA ni tak disalah guna sesuka hati.....
oh ye.....
kalau boleh buat 1 suruhanjaya bebas untuk kawal penggunaan ISA.......
ni supaya pihak yang mempunyai kuasa yang amat tinggi dalam Malaysia ni tak menggunakan ISA ni mengikut hawa nafsu serakah diorang nih...

lagi 1....
kalau boleh tahanan ISA ni jangan la di'torture' gila babeng....
diorang pun manusia jugak.....
bukannya haiwan ke ape.....
sian la diorang......
walaupun yang kene tangkap tuh 'pengganas'.......
diorang pun ade hati dan perasaan jugak....
nak 'torture' pun biarlah berperikemanusiaan sket....
jangan la nak ikut nafsu je......
kalau ikut nafsu sampai mampus pun x puas......
macam petikan dalam 1 nasyid.....
"pandangan nafsu.... selalu melulu......"

so.....
disini aku nak tekankan yang aku x memihak a.k.a pro kepada mana2 pihak....
aku just berada kat tengah2....
kata orang tua2....
mana yang baik kita amek....
mana yang x baik kita jadikan pedoman......
bak kata nabil....
"lu pikir la sendiri beb......."

Sunday, May 17, 2009

Perak & Kedah visit....

salam n greetings 2 all readers....
so.....
entry kali nih nak cite pasal aku g Perak & Kedah.....
bukan bercuti....
but g amek adik aku kat Sri Iskandar, Perak.....
pastu singgah umah mak sdara aku lak kat baling, kedah sat.... xp

nothing much yang best....
but boleh tahan la.....
yang agak best cume boleh jalan2 kat Perak je.....
g Lumut ngn Teluk Batik....
tuh pun just a lil bit visit.....
and some shopping mopping......
wakakakakakakakakaka..... xp

kat Lumut tuh sempat gak ah lepak2 ngn member aku yang keje kat hanger kapal area TLDM Lumut tuh.....
anyway some pics ade tuk dishare bersama2 korang....
but just more on pemandangan on the way balik je....
gambar kat lumut ngn teluk batik x de pon sebab no kamera daaa....
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuh......
ok...
enjoy the pics.... xp

kat R&R sg. perak.....

my bro candid.....

my parents candid.....

small fountain kat R&R sg. perak.....

self potrait kat umah mak sedara aku @ baling....

my dad candid....

my mom candid.....

dining hall umah mak sdara aku.....
(ade gaya cam anjung seri punya gmbr x???)

through the hills....
layan panning jap.... xp

sinaran matahari memancari titiwangsa di pagi hari.....
(ayat nak mantap jek, wakakakakakaka)

cloud 9.....
(bukan makanan tuh tau)

bunge berduri.....
(ape ntah nama dia ak pn x tau)

banjaran titiwangsa megah berdiri......

jambatan kat tasik banding (HDR version)......

banjaran titiwangsa (HDR version).....

so cmne???
layan x gmbr2 tuh....
huhuhuhuhuhuhuhuhuh....
aku ni mmg x leh kalau ade kamera kat tgn...
ade je gmbr yg nak amek...
ni pun ade lg..
cuma yg ade ni yg terpilih je....
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu...... xp

kali nih pun aku rasa cam malas lg la nak sambung pasal kete yg aku minat...
xde mood lak....
entry len kali la ye....
lagipun lama lagi aku cuti nih....
wakakakakakakakakakakaka... xp

anyway kat cni ak nk gtau 1 perkara....
lawatlah malaysia...
banyak lagi tempat2 lawa kat negara kita nih yg kita lom g.....
jangan asyik nak banggakan negara orang je....
padahal negara sendiri pun banyak gak benda2 menarik....
(aku sendiri pun kutuk negara pasal automotive, wakakakakakakaakaka)
anyway berjumpa lagi di lain siaran....
assalamualaikum...... xp


Monday, May 11, 2009

Tahniah!!!

Tahniah buat Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin kerana masih menjadi MB Perak....
agak terkejut dan kaget dengan keputusan mahkamah tinggi.....
tapi harap2 takde la sebarang 'komplot dari luar' yang akan berlaku akan datang......

berita2 di akhbar2.....
berita harian
.....
utusan....
star...
nst....
harakah daily....

Friday, April 10, 2009

New Malaysia frontline...

**amik dari blog bro JJ......
saje2 je rasa nak update pasal isu semasa sket.....
hoping kabinet2 yang baru nih dapat memenuh segala 'kehendak' rakyat... xp

Retrieved from Utusan Online at 6.30pm, April 9, 2009...

KUALA LUMPUR 9 April - Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan


the drifter...

My photo
hamba Allah yang lemah lagi hina. automotive enthusiast + hobbyist photographer + student. still improving myself to be a better muslim. ^_^

the drift crews....