Saturday, January 31, 2009

Jodoh....

Jodoh.....
Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga
adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia
normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan
perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu
wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang
memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam
arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Persoalannya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan jodoh? Banyak
kita dengar dan belajar dari persekitaran kita dengan mendengar cerita
dari ibu bapa,pakcik makcik,adik beradik,sahabat handai tentang kisah
pertemuan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, begitu juga
kisah agung dongeng-dongeng dan titipan sejarah cinta yang telah
dibukukan malah difilemkan yang menjadi garis panduan malah impian
kepada manusia dewasa ini.

Tidak kurang juga dengan kisah-kisah sedih dan pilu yang menjadikan
perkahwinan satu institusi yang sangat ditakuti oleh sebilangan lelaki
dan wanita Melayu beragama Islam di negara kita ini. Setelah membuat
banyak kajian secara peribadi dan juga membaca rujukan carta statistik
yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, saya mendapati beberapa cara
telah wujud bagi masyarakat Melayu Islam negara ini berjumpa dengan
jodoh mereka. Saya juga mendapati penduduk Malaysia hari lebih suka
mencari pasangan sendiri yang kononnya akan menjamin kebahagiaan
berkekalan kerana sudah saling mengenali antara satu sama lain. Ini
memang terbukti kerana asas bagi sesebuah perkahwinan adalah
persetujuan antara dua pihak. Jadi ini memudahkan urusan pembinaan
mahligai syahdu pasangan dan saya secara peribadinya sangat menghormati
dan kagum terhadap pasangan sebegini. Dengan jangka masa pengenalan
yang agak matang itulah mendewasakan mereka malah mampu memahami
pasangan sebaik mungkin.

Tetapi setiap yang pro pasti ada kontranya, itulah adat dunia yang
tidak mampu disangkal oleh cerdik pandai dari tempat dan masa mana
sekalipun. Kalau pasangan pilihan hati sendiri begitu enak melayari
bahtera rumah tangga begitu juga mudahnya pasangan yang terlalu
memahami pasangan masing-masing terjebak dalam permasaalahan rumah
tangga, yang akhirnya terbukti dengan hanya perceraian. Tidak saya mahu
huraikan disini apakah faktornya kerana bukan tujuan coretan tinta ini.

Lain pula perbedaan yang berlaku apabila pasangan bersatu kerana
dijodohkan, tapi cara ini dianggap kolot dan tidak praktikal kerana
pemikiran masyarakat sekarang mementingkan kebebasan berfikir dan
bersuara. Jadi cara ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini,
kerap kali kita dengar banyaknya kesan negatif akibat penjodohan
sebegitu. Tapi lain pula jika saya berbual dan bertanya dengan
pakcik-pakcik atau makcik-makcik lewat setengah abad yang majoritinya
berkahwin setelah dijodohkan tetapi ternyata bahagia sehingga akhir
hayat mereka.
Maka saya sedar bahawa selayaknya kita harus berfikir apakah cara yang paling terbaik untuk diri kita mendapat jodoh hayat.



Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana
kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada
kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh,
maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa
menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan
sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada
pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan
agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang
mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah
sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat
kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.

Pada setengah perkara ternyata tidak layak otak kita yang sejengkal ini
mahu membuat perkiraan tepat mengenai apatah lagi persoalan qada dan
qadar Allah. Kerana semestinya setiap ketetapan Allah adalah yang
terbaik, cuma cara penerimaan kita terhadap nikmat dan ujianNya
menunjukkan kita menerima semua ketapan itu sebagai baik atau tidak.
Pada golongan yang bakal berhadapan dengan situasi ini mahupun yang
telah lewat, “jangan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama
kita” dan lagi Allah berfirman “berdoalah kepaku nescaya akan
kumakbulkan.”

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir
dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan
asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan
dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya
(internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah,
pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang
paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan
setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita
dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan
qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran
umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa
barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada
noktah.

Tetapi tidak secara totalnya cara tersebut dijadikan sandaran, macam
mana caranya sekalipun, tetapkan hati dan tanamlah dengan bisikan
amalmu yang ikhlas kerana Allah, paksalah hatimu untuk belajar menjadi
ikhlas hati dan budi. Semestinya kita sebagai orang Islam wajib percaya
dengan syurga. Sedarkah kita segala kesempurnaan nikmat hanya boleh
dirasai di sana? Berapa ramai para sahabat di zaman Rasulullah hidup
penuh dengan keaiban, kehinaan dan penderitaan tetapi sekarang
terbayangkah kita di mana mereka? Sebahagian besar daripada mereka
sekarang berada di sisi Zat yang agung malah dengan kenikmatan yang
tidak akan mati, Allahu rabbul jalil.

Begitu juga dengan hal jodoh yang menjadi topik kita kali ini.
Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah
yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan
solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita
akhirnya.



**taken from www.iluvislam.com

2 comments:

Shahrulmiza said...

Apa dok citer pasal jodoh nih... tengah bercinta ker? hehehehe...

asuramaru™ said...

uish...
takde la....
sje nak berkongsi dengan member2 je..... xp

the drifter...

My photo
hamba Allah yang lemah lagi hina. automotive enthusiast + hobbyist photographer + student. still improving myself to be a better muslim. ^_^

the drift crews....