Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru....

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

salam n greetings to all......
lagu di atas ni aku nak tujukan kepada semua guru2 yang pernah mengajar aku dan semua guru2 dan bakal2 guru di seluruh dunia......
lagu ni cukup memberi makna kepada guru2....
dan aku sendiri pernah mendendangkan lagu ni masa zaman sekolah dulu.....
so sempena hari guru ni aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 yang pernah mengajar aku di tadika (nama ape aku x ingat, yg aku ingat kat puchong, selangor je), SRI Aman, SMI Aman, Maahad Muhammadi Lil Banin, PLKN Kem Cancun Park, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Universiti Malaysia Pahang, Kolej Tesdec dan lain2 yang mungkin aku lupa.....
tidak lupa juga kepada my lovely mother, Puan Hamidah Abdul Rahman yang banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar hingga kini.....
selain itu, ucapan ni turut ditujukan kepada semua guru2 dan bakal2 guru di seluruh pelusuk dunia tidak kira bangsa dan agama.....
tanpa guru siapalah kita.....


No comments:

the drifter...

My photo
hamba Allah yang lemah lagi hina. automotive enthusiast + hobbyist photographer + student. still improving myself to be a better muslim. ^_^

the drift crews....